Assalamualaikum dan Selamat Datang.Anak soleh,permata hati...Kami didik,berhemah tinggi,kepada Allah wajib taati,Rasulullah kami junjungi,ibu bapa pula dipatuhi.Anak terbilang jadi pilihan,baik sahsiah juga ragamnya,budi bahasa jadi sanjungan,Di mana-mana disayangi semua.Bahasa Melayu kita martabatkan,bahasa Inggeris kita perkasa,bahasa Arab tidak dipersia,bersama-sama kita luaskan.Berburu ke Padang Datar,dapat rusa berbelang kaki,kalau berguru kepalang ajar,bagai bunga kembang tak jadi.

Sunday, 2 December 2012

Hasil kerjatangan murid......


 khusyuk nampak adik ni..

Kesenian dan kraf tangan...

Apabila memperkatakan seni dan kraf tangan.....ermmm....semua orang suka.bukan kanak-kanak sahaja yang suka....ibu dan ayah pun suka.Secara  umumnya semua orang suka akan benda yang cantik.Jadi,di tadika kita ada banyak aktiviti seni dan kraftangan yang tentunya mengujakan adik-adik nanti.Ah...kanak-kanak mana bisa diasak dengan belajar ...belajar....belajar...sahaja.Mindanya perlulah disemaikan dengan kraf dan seni yang dapat membangunkan sahsiah dan jati diri..tak gitu?...
Jangan dera dan cederakan jiwa mereka dengan perkara yang tidak sepatutnya...ajarkan anak-anak mengikut  peringkat umur...seperti kata gurindam lama:
             

             Kalau diajar yang bukan masanya,
             Haram tak lekat di dada dan kepala.

Jadi...jangan susah-susah hati...ajar sahaja benda atau perkara yang ringkas mengikut usia supaya mereka dapat menaakul dan meneroka sesuatu,Itulah yang lebih penting.

Kenangan sukaneka 2012

SUKANEKA.....OH SUKANEKA.....

APAKHABAR SEMUA...pada sesi yang lalu sukaneka tadika telah diadakan di Taman Polo kerana hujan lebat telah menyebabkan kami menukarkan lokasi .mujurlah ada plan B jika tidak mungkin kami bersuka di atas 'sawah padi'.
Namun perancangan Allah itu adalah perancangan yang terbaik kerana suasana udara yang segar dan nyaman telah menyebabkan acara pada hari itu amat menyenangkan,apatah lagi dengan suasana sekeliling yang amat sesuai dengan aktiviti riadah.pengunjung taman turut memberikan sokongan kepada kami ....maklumlah....kanak-kanak sering menghiburkan ....marilah kita melihat aktiviti yang kami jalankan ....

yahoo......mari ikut bersama......hooray.


Gelung..........cepat-cepat jangan bagi jatuh

                                     

 lompat tinggi-tinggi Airiel  Haikal.
                                           
                                             
                                                   
Oh...ringannya...ada angin pula...mencabar betul ini....!

                                           

oh,mama...mari ikutku.......oh mama....mari ikutku
                                          mari-mari bersama naik keretaku......!
                                       

 Golek...golek....tarik....jangan tak tarik...
                                            Alamak...daun ni kacaulah!......

                                         

                                     

Tuesday, 27 November 2012

Bantuan yuran

Bantuan yuran persekolahan tadika oleh KPM.


ASSALAMUALAIKUM PEMBACA YANG DISAYANGI.......erm....ini dah makan belum?...apa-apa pun makan dulu...

Hari ini saya hendak bercerita tentang bantuan yuran tadika kepada keluarga yang berpendapatan rendah.......pernah dengar tak....
sejak beberapa tahun belakangan ini,bantuan yuran untuk keluarga berpendapatan rendah telah direalisasi seperti hasrat Pak Menteri kita.Jika difikirkan secara logik,keluarga yang berpendapatan kurang daripada RM 1300 tidak mungkin akan memilih tadika swasta lantaran ketidakcukupannya itu.Apa yang berlaku ialah Permata Bestari telah memberi khidmat percuma kepada golongan berpendapatan rendah ini dengan harapan apabila mereka memperoleh bantuan yuran nanti,maka mereka dapatlah membayarnya kepada kami.Namun ,perancangan Allah lebih daripada yang kita jangka.....
Entah di mana silapnya,borang tadika terlepas kami  pandang lalu tidak sampai ke  Putrajaya..maka pada tahun ini kami menanggung persekolahan beberapa orang murid yang berpendapatan rendah itu,tidak sampai hati pula saya hendak meminta mereka membayarnya sedangkan kerajaan sendiri sudah berjanji dengan slogan  mereka JANJI DITEPATI..namun dalam hal ini tidak pula mereka menepati janji membantu rakyat yang susah.Sebagai tanggungjawab sosial maka kami meredakan segala apa yang kami beri kepada rakyat yang susah.kami berharap pada tahun hadapan.....borang kami tidak akan tercicir lagi kerana kasihan juga melihat harapan mereka itu.
Walaupun begitu...kami tidak akan berasa serik mengundang murid-murid yang datang daripada keluarga yang sederhana bertadika di tempat kami.Insya-Allah....jika kita memudahkan orang lain Allah pula akan memudahkan kita..SAYA berharap agar pada tahun hadapan 2013...bantuan yuran akan diteruskan lagi kerana saya telah mendapat pertanyaan daripada beberapa orang yang berpendapatan sederhana untuk anak mereka.Kementerian Pelajaran Malaysia,JPN dan PPD....mohon jangan bersikap pilih kasih mahupun 
meninggalkan borang pelajar yang memerlukan kerana ibarat kata pepatah....kerbau dipegang pada talinya,manusia dipegang pada janjinya......

okeylah...saya berdoa agar tahun hadapan tidak adalah kes begini kerana saya sudah terkena dua kali.Bayangkan...sebulan RM148 kali 11 bulan berapa ,kali pula tiga orang...berapa?jangan  buat pasal.....

Sunday, 25 November 2012

Like kami di Facebook ;)
Tadika Permata Bestari

Kenangan Penilaian Teater 2011

Pada tahun ini kami menitikberatkan penghasilan kostume oleh ibu bapa tujuannya adalah untuk mengembangkan bakat reka cipta dalam kalangan ibu bapa dan anak anak.Kami mengharapkan ketika proses penghasilannya,kerjasama ibu bapa dan anak anak akan lebih terjalin.Menerusi kegiatan tersebut,murid murid dapat meneroka suatu ilmu tentang cara menghasilkan reka bentuk dan idea.Mereka mempelajari warna,proses menghasilkan misalnya menggunting,mengegam dan mencantum.Setelah pakaian siap,mereka akan mempelajari mimik muka dan menggayakannya mengikut skrip.




















Hari Potensi dan Penilaian teater 2012

TEATER ... MEMANUSIAKAN MANUSIA ... Sedar Diri sedar Ruang ... Kenal diri kenal Allah..
Terima kasih guru teaterku yang dihormati,abg Mior Hashim Manap yang membawa ku berhijrah daripada kedaifan dan kenaifan kepada kehidupan yang lebih baik .. Anak anak kecil ini perlu dimanusiakan dengan ilmu dengan iman dan dengan budaya Melayu demi pelestarian dan kesinambungan warisan Melayu dan Islam..
Baik membawa resmi padi,daripada membawa resmi lalang,
Hidup dikandung adat,mati dikandung tanah
Di mana bumi dipijak,di situ langit dijunjung.

Doktor Alya

Doktor Alya sedang memeriksa pesakitnya



Syaza sebagai ahli bomba



Sara sebagai Bawang Putih








Ku tetap Menanti nyanyian penyanyi seberang,Nikita Purnama Willy dipersembahkan oleh  adik  Qaisara Irdina pada malam tersebut

Ku akan Menanti
Meski harus penantian panjang ~


Lebih awal lebih bagus

Selamat sejahtera semua.
Banyak ibu bapa berasa gundah untuk menghantar anak anak ke tadika lebih awal kerana bimbang anak anak akan berasa bosan. BOSAN ??? .... Rupa rupanya dalam zaman yang canggih seperti hari ini ada juga istilah bosan dalam hidup ni ya.. Sebenarnya menurut Maria Montessori.. Potensi anak anak yang paling baik bukanlah ketika mereka menuntut di Universiti tetapi perkembangan yang paling baik adalah pada usia 0-7 tahun. Haa...sekarang bagaimana ? adakah masih mahu membiarkan anak anak tidur,main dan menonton tv di rumah atau menggali potensi mereka dengan menghantar anak anak ke sekolah ... Usaha yang Berhormat Datin Rosmah Mansur mengembangkan Permata Negara amat dihargai . Beliau menginginkan anak-anak diberi pendedahan awal kerana di situlah penggarapan minda dan potensi dapat dilakukan.Maka,usahlah gusar dan bimbang jika anak anak disekolahtadikakan seawal 2 tahun .. Tentu guru-guru yang terlatih memahami tahap perkembangan anak anak bagi peringkat usia mereka..ada yang sekolah dan bermain,ada yang belajar,ada yang menaakul dan tidak kurang juga yang memerhatikan sahaja.Kami menyediakan kelas kelas bermain sambil belajar untuk tiga dan empat tahun .. juga kelas kelas tadika untuk lima dan enam tahun..Emmm...kandungannya samalah seperti tadika yang lain kerana dalam KSPK terdapat elemen pembangunan sahsiah,keterampilan,emosi dan semangat kerjasama..ada kraf,lakonan,masakan,pergerakan dan nyanyian serta muzik.Elemen kesusteraan turut diterapkan dalam teater dan puisi.Jadi,mereka akan lebih berkeyakinan dan mengenali akar budaya ..
Oh,ada juga yang bertanya ....... "Bahasa Inggeris ada belajar tak,agama ada,Arab ??"
Hai..kadang-kadang naik bingung jadinya..Masakan tidak ada ? Ini Malaysia,negara yang bebas dan berdaulat..Tiada halangan dari segi pemelajaran..Sudah termaktub dalam KSPK ..... wajib belajar bahasa Inggeris..Bukan wajib sahaja,malah mesti berkomunikasi mengikut jadual yang telah ditetapkan dalam sistem itu...Pendek kata...semua tadika wajib mengajarkannya .Oleh itu,berhentilah daripada dimomokkan oleh pengusaha yang cuba menakutkan ibu bapa tentang bahasa Inggeris...Dalam modul KSPK .......setiap hari guru mesti berkomunikasi dan mengajar dengan bahasa yang telah ditetapkan .Maklumlah,..hasrat kerajaan untuk memartabatkan bahasa Melayu dan dalam masa yang sama memperkasakan bahasa Inggeris.. Namun begitu,ibu bapa janganlah mengharapkan pihak sekolah 100% ....... apa kata,cuba berkomunikasi dalam bahasa bahasa yang lain di rumah ...... Bahasa Inggeris ke,bahasa Arab ke....Perlu diingatkan ... Kalau kita hendak maju dan berjaya tidak semestinya dengan bahasa Inggeris ...cuba tengok orang Korea dengan 'Oppa Gangnam Style'nya,orang Perancis dengan bahasanya dan Jepun dengan teknologinya.Hatta,China dengan Mandarinnya turut maju di seantero dunia..Mengapalah kita risau sangat dengan bahasa Inggeris anak kita .. Kita sepatutnya risau jika anak kita tidak menguasai bahasa Melayu dan Islam ...Baiklah jangan risau risau lagi tentang perkembangan anak anak kita ..Apabila tiba masanya nanti,pandailah mereka berbahasa Inggeris..Bukan Inggeris sahaja......Oppa Gangnam Style pun dia boleh hafal dan faham.Sebelum berundur,Permata Qaisara ingin menyampaikan beberapa rangkap pantun untuk pengunjung laman ini,

Buah duku hidangan tetamu,
Letak sepinggan di atas dulang;
Penuhkan masa menuntut ilmu,
Agar kehidupan lebih cemerlang..

Pokok dedalu di dalam geti,
Bercambah dahan dua sehari,
Hormati guru sesungguh hati,
Bertambah berkat ilmu dipelajari ...

Ikan terubuk hendak disalai,
Terubuk dicucuk dengan lidi,
Biar buruk kain dipakai,
Asal hidup pandai berbudi

Aktiviti keagamaan.

Anak soleh dan solehah,
Penyeri hidup keluarga bahagia,
Kenal diri kenal Allah,
Kenal budi ibu ayah,
Solat itu tiang agama,
Tidaklah menyesal di pintu kubur,
Kepada Allah kita berdoa,
Sejahtera di dunia sejahtera di akhirat.

Para guru,ustaz dan ustazah,
Menjalankan tanggungjawab sebagai ibadah,
Menyerah diri kepada Allah,
Agar direstui segala usaha,
Tidak pernah mengenal lelah,
Doa dibaca solat diajarkan Iqra' pula tidak ditinggalkan.

Sebagai orang Islam budiman,
Tegarkah agama kita tinggalkan,
Anak yang kecil kita semaikan,
Beroleh pahala juga kebaikan.

Kepada Allah yang Maha Agung,
Bantulah kami,menyampaikan agama-Mu
Usaha dan tawakal tak pernah jemu,
Untuk melahirkan muslim bermutu.

Nukilan : Hanisah Nizan  (Munsyi Dewan)

Seperti tadika lain juga,asas agama juga dititikberatkan mengikut modul KSPK seperti Rukun Islam,Rukun Iman,asas solat,mengenal zat Allah dan solat praktikal.
Cuma,di sini kami memberi penambahan teater dan pentomin serta zikir,burdah dan qasidah .


Dari kiri : Nur Nabila,Syukrina Zulaikha dan Alya Qistina
Cikgu Anis doakan anak-anak semua menjadi insan solehah yang berguna kepada bangsa dan agama.



Qaisara,Aimi,Natasya dan Munirah

Nabila,Sara,Syukrina dan Natasya

Syafiq,Saifullah,Shahrul dan Adam

Khusyuknya mereka sedang solat Zuhur berjemaah.

Bilal Nur Saifullah Nur Jenni

Solat berjemaah,lambang penyatuan ummah

Kelas Iqra' bermula jam 7.30 pagi dan diwajibkan.
Qaisara Irdina sedang mengaji Iqra'