ASSALAMUALAIKUM PEMBACA YANG DISAYANGI.......erm....ini dah makan belum?...apa-apa pun makan dulu...
Hari ini saya hendak bercerita tentang bantuan yuran tadika kepada keluarga yang berpendapatan rendah.......pernah dengar tak....
sejak beberapa tahun belakangan ini,bantuan yuran untuk keluarga berpendapatan rendah telah direalisasi seperti hasrat Pak Menteri kita.Jika difikirkan secara logik,keluarga yang berpendapatan kurang daripada RM 1300 tidak mungkin akan memilih tadika swasta lantaran ketidakcukupannya itu.Apa yang berlaku ialah Permata Bestari telah memberi khidmat percuma kepada golongan berpendapatan rendah ini dengan harapan apabila mereka memperoleh bantuan yuran nanti,maka mereka dapatlah membayarnya kepada kami.Namun ,perancangan Allah lebih daripada yang kita jangka.....
Entah di mana silapnya,borang tadika terlepas kami pandang lalu tidak sampai ke Putrajaya..maka pada tahun ini kami menanggung persekolahan beberapa orang murid yang berpendapatan rendah itu,tidak sampai hati pula saya hendak meminta mereka membayarnya sedangkan kerajaan sendiri sudah berjanji dengan slogan mereka JANJI DITEPATI..namun dalam hal ini tidak pula mereka menepati janji membantu rakyat yang susah.Sebagai tanggungjawab sosial maka kami meredakan segala apa yang kami beri kepada rakyat yang susah.kami berharap pada tahun hadapan.....borang kami tidak akan tercicir lagi kerana kasihan juga melihat harapan mereka itu.
Walaupun begitu...kami tidak akan berasa serik mengundang murid-murid yang datang daripada keluarga yang sederhana bertadika di tempat kami.Insya-Allah....jika kita memudahkan orang lain Allah pula akan memudahkan kita..SAYA berharap agar pada tahun hadapan 2013...bantuan yuran akan diteruskan lagi kerana saya telah mendapat pertanyaan daripada beberapa orang yang berpendapatan sederhana untuk anak mereka.Kementerian Pelajaran Malaysia,JPN dan PPD....mohon jangan bersikap pilih kasih mahupun
meninggalkan borang pelajar yang memerlukan kerana ibarat kata pepatah....kerbau dipegang pada talinya,manusia dipegang pada janjinya......
okeylah...saya berdoa agar tahun hadapan tidak adalah kes begini kerana saya sudah terkena dua kali.Bayangkan...sebulan RM148 kali 11 bulan berapa ,kali pula tiga orang...berapa?jangan buat pasal.....
No comments:
Post a Comment