Sekapur sirih seulas pinang,
Buat penyeri majlis gemilang,
Selamat bertemu selamat datang,
Meraikan malam yang mulia dan terbilang.
Kad undangan buat ibu bapa yang dikasihi.
Cantik tak ?..
Tahniah atas kecemerlangan yang telah dicapai
Baca dan tulis sudah ditangan,
Segala ajaran jadikan panduan
Buat mengharungi lautan dalam,
Banyaknya karang sepanjang jalan,
Buat bekalan jangan tenggelam,
Doa dan pasrah jadikan amalan,
Usaha dan tawakkal buat peneman,
Berjaya di dunia juga akhirat,
Jadikan Islam sebagai pegangan.
Oleh : Hanisah Nizan (Munsyi Dewan)
-Pengetua Tadika Permata Bestari.
![]() |
Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga, Hancur badan dikandung tanah, Budi yang baik dikenang juga. |
Rekod pentaksiran murid.Selamat berjaya.
Penilaian rekod berterusan dan rekod anekdot.
Ermm...mesti semua sudah berpuas hati terhadap pencapaian tahun ini.
Sudah menguasai atau belum menguasai.
Semoga terus berjaya pada masa akan datang.Tingkatkan usaha tanpa jemu dan menyerah kalah.Berapa sahaja bilangan murid yang ditetapkan Allah, itu rezeki.Jangan ganggu kerja Allah.Buat kerja sendiri
ReplyDeleteInsya-Allah.Amanah tetap dijalankan seperti biasa, melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab.
ReplyDelete