Assalamualaikum dan Selamat Datang.Anak soleh,permata hati...Kami didik,berhemah tinggi,kepada Allah wajib taati,Rasulullah kami junjungi,ibu bapa pula dipatuhi.Anak terbilang jadi pilihan,baik sahsiah juga ragamnya,budi bahasa jadi sanjungan,Di mana-mana disayangi semua.Bahasa Melayu kita martabatkan,bahasa Inggeris kita perkasa,bahasa Arab tidak dipersia,bersama-sama kita luaskan.Berburu ke Padang Datar,dapat rusa berbelang kaki,kalau berguru kepalang ajar,bagai bunga kembang tak jadi.

Saturday, 24 November 2012

HAI...Asalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh semua yang membaca post ini...kerana anda berjaya menjejaki blog saya ini.

Apa khabar agaknya ....sihat?begitulah hendaknya.kalau rasa macam dedar-dedar hendak demam...eloklah makan ubat tau.Oh ya.....tentu yang melayari blog ini ingin tahu tentang Tadika  Permata Bestari kan......
Ya...tadika ini terletak di No 2,Persiaran Perpaduan 4,Taman Bercham Raya,Ulu Kinta,Perak Darul Ridzuan.sudah berusia sepuluh tahun tadika ini tau.....
tadika Permata Bestari ditubuhkan pada 23 September 2003.....dan telah mengalami pelbagai perubahan dan perkembangan sejajar dengan usianya itu.kami mengikuti sepenuhnya sistem KSPK yang dicadangkan oleh KPM......baik sungguh modul ini......selain itu kami juga membawa sistem Sunshine Ayu Manja Kids
ke sekolah kami,Ha,.....jangan tak tahu..sistem ini dari New Zealand dan diakui antara sistem yang terbaik di dunia.Jika tidak...masakan bertahan hingga kini dan dijadikan rujukan oleh Permata Negara.
OPPPPPPsssss...tentu ada yang menyangka bahawa kami ialah tadika Permata Negara kan....kami bukan Permata Negara tetapi kami sebuah tadika swasta yang telah menggunakan nama Permata Bestari ini lebih awal daripada PN itu.....

Banyak cerita menarik yang akan saya paparkan tentang tadika dan ragam anak-anak kita ya....jangan lupa terus menjadi pengikut kami............ :)

No comments:

Post a Comment