Assalamualaikum dan Selamat Datang.Anak soleh,permata hati...Kami didik,berhemah tinggi,kepada Allah wajib taati,Rasulullah kami junjungi,ibu bapa pula dipatuhi.Anak terbilang jadi pilihan,baik sahsiah juga ragamnya,budi bahasa jadi sanjungan,Di mana-mana disayangi semua.Bahasa Melayu kita martabatkan,bahasa Inggeris kita perkasa,bahasa Arab tidak dipersia,bersama-sama kita luaskan.Berburu ke Padang Datar,dapat rusa berbelang kaki,kalau berguru kepalang ajar,bagai bunga kembang tak jadi.

Tuesday, 27 November 2012

Bantuan yuran

Bantuan yuran persekolahan tadika oleh KPM.


ASSALAMUALAIKUM PEMBACA YANG DISAYANGI.......erm....ini dah makan belum?...apa-apa pun makan dulu...

Hari ini saya hendak bercerita tentang bantuan yuran tadika kepada keluarga yang berpendapatan rendah.......pernah dengar tak....
sejak beberapa tahun belakangan ini,bantuan yuran untuk keluarga berpendapatan rendah telah direalisasi seperti hasrat Pak Menteri kita.Jika difikirkan secara logik,keluarga yang berpendapatan kurang daripada RM 1300 tidak mungkin akan memilih tadika swasta lantaran ketidakcukupannya itu.Apa yang berlaku ialah Permata Bestari telah memberi khidmat percuma kepada golongan berpendapatan rendah ini dengan harapan apabila mereka memperoleh bantuan yuran nanti,maka mereka dapatlah membayarnya kepada kami.Namun ,perancangan Allah lebih daripada yang kita jangka.....
Entah di mana silapnya,borang tadika terlepas kami  pandang lalu tidak sampai ke  Putrajaya..maka pada tahun ini kami menanggung persekolahan beberapa orang murid yang berpendapatan rendah itu,tidak sampai hati pula saya hendak meminta mereka membayarnya sedangkan kerajaan sendiri sudah berjanji dengan slogan  mereka JANJI DITEPATI..namun dalam hal ini tidak pula mereka menepati janji membantu rakyat yang susah.Sebagai tanggungjawab sosial maka kami meredakan segala apa yang kami beri kepada rakyat yang susah.kami berharap pada tahun hadapan.....borang kami tidak akan tercicir lagi kerana kasihan juga melihat harapan mereka itu.
Walaupun begitu...kami tidak akan berasa serik mengundang murid-murid yang datang daripada keluarga yang sederhana bertadika di tempat kami.Insya-Allah....jika kita memudahkan orang lain Allah pula akan memudahkan kita..SAYA berharap agar pada tahun hadapan 2013...bantuan yuran akan diteruskan lagi kerana saya telah mendapat pertanyaan daripada beberapa orang yang berpendapatan sederhana untuk anak mereka.Kementerian Pelajaran Malaysia,JPN dan PPD....mohon jangan bersikap pilih kasih mahupun 
meninggalkan borang pelajar yang memerlukan kerana ibarat kata pepatah....kerbau dipegang pada talinya,manusia dipegang pada janjinya......

okeylah...saya berdoa agar tahun hadapan tidak adalah kes begini kerana saya sudah terkena dua kali.Bayangkan...sebulan RM148 kali 11 bulan berapa ,kali pula tiga orang...berapa?jangan  buat pasal.....

Sunday, 25 November 2012

Like kami di Facebook ;)
Tadika Permata Bestari

Kenangan Penilaian Teater 2011

Pada tahun ini kami menitikberatkan penghasilan kostume oleh ibu bapa tujuannya adalah untuk mengembangkan bakat reka cipta dalam kalangan ibu bapa dan anak anak.Kami mengharapkan ketika proses penghasilannya,kerjasama ibu bapa dan anak anak akan lebih terjalin.Menerusi kegiatan tersebut,murid murid dapat meneroka suatu ilmu tentang cara menghasilkan reka bentuk dan idea.Mereka mempelajari warna,proses menghasilkan misalnya menggunting,mengegam dan mencantum.Setelah pakaian siap,mereka akan mempelajari mimik muka dan menggayakannya mengikut skrip.




















Hari Potensi dan Penilaian teater 2012

TEATER ... MEMANUSIAKAN MANUSIA ... Sedar Diri sedar Ruang ... Kenal diri kenal Allah..
Terima kasih guru teaterku yang dihormati,abg Mior Hashim Manap yang membawa ku berhijrah daripada kedaifan dan kenaifan kepada kehidupan yang lebih baik .. Anak anak kecil ini perlu dimanusiakan dengan ilmu dengan iman dan dengan budaya Melayu demi pelestarian dan kesinambungan warisan Melayu dan Islam..
Baik membawa resmi padi,daripada membawa resmi lalang,
Hidup dikandung adat,mati dikandung tanah
Di mana bumi dipijak,di situ langit dijunjung.

Doktor Alya

Doktor Alya sedang memeriksa pesakitnya



Syaza sebagai ahli bomba



Sara sebagai Bawang Putih








Ku tetap Menanti nyanyian penyanyi seberang,Nikita Purnama Willy dipersembahkan oleh  adik  Qaisara Irdina pada malam tersebut

Ku akan Menanti
Meski harus penantian panjang ~


Lebih awal lebih bagus

Selamat sejahtera semua.
Banyak ibu bapa berasa gundah untuk menghantar anak anak ke tadika lebih awal kerana bimbang anak anak akan berasa bosan. BOSAN ??? .... Rupa rupanya dalam zaman yang canggih seperti hari ini ada juga istilah bosan dalam hidup ni ya.. Sebenarnya menurut Maria Montessori.. Potensi anak anak yang paling baik bukanlah ketika mereka menuntut di Universiti tetapi perkembangan yang paling baik adalah pada usia 0-7 tahun. Haa...sekarang bagaimana ? adakah masih mahu membiarkan anak anak tidur,main dan menonton tv di rumah atau menggali potensi mereka dengan menghantar anak anak ke sekolah ... Usaha yang Berhormat Datin Rosmah Mansur mengembangkan Permata Negara amat dihargai . Beliau menginginkan anak-anak diberi pendedahan awal kerana di situlah penggarapan minda dan potensi dapat dilakukan.Maka,usahlah gusar dan bimbang jika anak anak disekolahtadikakan seawal 2 tahun .. Tentu guru-guru yang terlatih memahami tahap perkembangan anak anak bagi peringkat usia mereka..ada yang sekolah dan bermain,ada yang belajar,ada yang menaakul dan tidak kurang juga yang memerhatikan sahaja.Kami menyediakan kelas kelas bermain sambil belajar untuk tiga dan empat tahun .. juga kelas kelas tadika untuk lima dan enam tahun..Emmm...kandungannya samalah seperti tadika yang lain kerana dalam KSPK terdapat elemen pembangunan sahsiah,keterampilan,emosi dan semangat kerjasama..ada kraf,lakonan,masakan,pergerakan dan nyanyian serta muzik.Elemen kesusteraan turut diterapkan dalam teater dan puisi.Jadi,mereka akan lebih berkeyakinan dan mengenali akar budaya ..
Oh,ada juga yang bertanya ....... "Bahasa Inggeris ada belajar tak,agama ada,Arab ??"
Hai..kadang-kadang naik bingung jadinya..Masakan tidak ada ? Ini Malaysia,negara yang bebas dan berdaulat..Tiada halangan dari segi pemelajaran..Sudah termaktub dalam KSPK ..... wajib belajar bahasa Inggeris..Bukan wajib sahaja,malah mesti berkomunikasi mengikut jadual yang telah ditetapkan dalam sistem itu...Pendek kata...semua tadika wajib mengajarkannya .Oleh itu,berhentilah daripada dimomokkan oleh pengusaha yang cuba menakutkan ibu bapa tentang bahasa Inggeris...Dalam modul KSPK .......setiap hari guru mesti berkomunikasi dan mengajar dengan bahasa yang telah ditetapkan .Maklumlah,..hasrat kerajaan untuk memartabatkan bahasa Melayu dan dalam masa yang sama memperkasakan bahasa Inggeris.. Namun begitu,ibu bapa janganlah mengharapkan pihak sekolah 100% ....... apa kata,cuba berkomunikasi dalam bahasa bahasa yang lain di rumah ...... Bahasa Inggeris ke,bahasa Arab ke....Perlu diingatkan ... Kalau kita hendak maju dan berjaya tidak semestinya dengan bahasa Inggeris ...cuba tengok orang Korea dengan 'Oppa Gangnam Style'nya,orang Perancis dengan bahasanya dan Jepun dengan teknologinya.Hatta,China dengan Mandarinnya turut maju di seantero dunia..Mengapalah kita risau sangat dengan bahasa Inggeris anak kita .. Kita sepatutnya risau jika anak kita tidak menguasai bahasa Melayu dan Islam ...Baiklah jangan risau risau lagi tentang perkembangan anak anak kita ..Apabila tiba masanya nanti,pandailah mereka berbahasa Inggeris..Bukan Inggeris sahaja......Oppa Gangnam Style pun dia boleh hafal dan faham.Sebelum berundur,Permata Qaisara ingin menyampaikan beberapa rangkap pantun untuk pengunjung laman ini,

Buah duku hidangan tetamu,
Letak sepinggan di atas dulang;
Penuhkan masa menuntut ilmu,
Agar kehidupan lebih cemerlang..

Pokok dedalu di dalam geti,
Bercambah dahan dua sehari,
Hormati guru sesungguh hati,
Bertambah berkat ilmu dipelajari ...

Ikan terubuk hendak disalai,
Terubuk dicucuk dengan lidi,
Biar buruk kain dipakai,
Asal hidup pandai berbudi

Aktiviti keagamaan.

Anak soleh dan solehah,
Penyeri hidup keluarga bahagia,
Kenal diri kenal Allah,
Kenal budi ibu ayah,
Solat itu tiang agama,
Tidaklah menyesal di pintu kubur,
Kepada Allah kita berdoa,
Sejahtera di dunia sejahtera di akhirat.

Para guru,ustaz dan ustazah,
Menjalankan tanggungjawab sebagai ibadah,
Menyerah diri kepada Allah,
Agar direstui segala usaha,
Tidak pernah mengenal lelah,
Doa dibaca solat diajarkan Iqra' pula tidak ditinggalkan.

Sebagai orang Islam budiman,
Tegarkah agama kita tinggalkan,
Anak yang kecil kita semaikan,
Beroleh pahala juga kebaikan.

Kepada Allah yang Maha Agung,
Bantulah kami,menyampaikan agama-Mu
Usaha dan tawakal tak pernah jemu,
Untuk melahirkan muslim bermutu.

Nukilan : Hanisah Nizan  (Munsyi Dewan)

Seperti tadika lain juga,asas agama juga dititikberatkan mengikut modul KSPK seperti Rukun Islam,Rukun Iman,asas solat,mengenal zat Allah dan solat praktikal.
Cuma,di sini kami memberi penambahan teater dan pentomin serta zikir,burdah dan qasidah .


Dari kiri : Nur Nabila,Syukrina Zulaikha dan Alya Qistina
Cikgu Anis doakan anak-anak semua menjadi insan solehah yang berguna kepada bangsa dan agama.



Qaisara,Aimi,Natasya dan Munirah

Nabila,Sara,Syukrina dan Natasya

Syafiq,Saifullah,Shahrul dan Adam

Khusyuknya mereka sedang solat Zuhur berjemaah.

Bilal Nur Saifullah Nur Jenni

Solat berjemaah,lambang penyatuan ummah

Kelas Iqra' bermula jam 7.30 pagi dan diwajibkan.
Qaisara Irdina sedang mengaji Iqra'

Saturday, 24 November 2012


Bahasa Melayu  Bahasa Ilmu........mulakan di peringkat tadika.

Bertemu lagi dalam blog kita hari ini.....ya,menerusi tajuk di atas saya ingin membawa saudara saudari tentang betapa pentingnya menggunakan bahasa yang baik sebagai bahasa ilmu.Banyak pihak yang sudah salah tafsir tentang betapa pentingnya memilih tadika yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.Tentu banyak yang berasa hairan kan...sedang negara berlumba-lumban membangunkan masyarakat dengan bahasa asing yang dikatakan bahasa yang akan menjadikan anak-anak kita berjaya ,menongkat dunia....Ada pula yang cuba menidakkan kebolehan bahasa Ibunda untuk membangunkan bangsa......Ironinya,mereka menjadi orang yang keliru terhadap bahasanya. .
Oh....malang sekali bagi masyarakat kita yang masih mengagung-agungkan bahasa Inggeris dan menganggap bahasa ini dapat melahirkan anak-anak yang cemerlang.!Sebenarnya bahasa Melayu ialah bahasa paling afdal dipelajari oleh anak-anak kita kerana inilah bahasa budaya dan agama kita.Bahasa ini juga bahasa bangsa dan bahasa jiwa ...jika pemahaman anak-anak terhadap bahasa amat baik maka pengetahuan mereka akan berkembang dengan baik sekali.

     Maka rugilah orang yang menidakkan kebaikan bahasanya.
     Maka rugilah orang yang meninggalkan bahasanya,
     Maka rugilah orang yang menghinakan bahasanya.
     Dalam bahasa itu ada jiwa,
     Dalam bahasa itu ada budaya,
     Dalam bahasa itu ada agama,
     Dalam bahasa itu ada nafas dan darah kita.
      Ada segala-galanya.....

Maka ajarkan anak-anak kita berbahasa kerana dalamnya ada diri kita.
Hantarlah anak ke tadika yang beragama,berbudaya,berbahasa.Martabatkanlah bahasa kita,bahasa gemilang bahasa ibunda.


Salam hormat dan sayang selalu.....
Munsyi Hanis.


                               Malam Gema Puisi Remaja dan Kanak-kanak Tadika Permata Bestari 2012.


                                                      Hendak gugur gugurlah nangka,
                                                      Jangan menimpa si ranting pauh,
                                                ,          Hendak tidur tidurlah mata
                                                     Jangan terkenang orang yang jauh.

                                               

                                                   

                                                       Ayah dan ibu....ayah dan ibu..
                                                       Itulah permulaan kami
                                                        Dapat melihat bulan dan matahari aaaaa.....
                                                        Ayah dan ibu ,ayah dan ibu...
                                                        wali...wali keramat
                                                        Pada mereka kita beri hormat aaaaa
                                                        Ayah dan ibu...ayah dan ibulah mesti
                                                        dihormati...
                                           

 Malam Gema puisi kanak-kanak yang kami adakan telah berjaya menyemai
     semangat cinta akan bahasa kebangsaan dalam kalangan anak-anak.Mereka
              diajar berpuisi,bersyair dan bersajak.Pantun nasihat ,pantun adat dan pantun
                      kanak-kanak yang diadakan telah membangkitkan semangat cinta akan bahasa
                             dan budaya.Dalam pantun lama itu ada jiwa bangsa kita....ada agama....ada
                                  tamadun dan ada kehidupan masa lalu,kini dan masa akan datang.Semoga
                                     fasih melafazkan kalimah Illahi dan menjadi anak yang cemerlang.


                                          Anak rusa Nani,
                                          Baru tumbuh ekor,
                                          Apa dosa kami,
                                          Lalu tidak tegur.  
                            
                                                                   Tepuk amai-amai
                                                                      Belalang kupu-kupu,
                                                                        Tepuk biar ramai,
                                                                          Malam-malam upah susu.                              
                     
                                                                                                   Timang tinggi-tinggi,
                                                                                                    Sampai cucur atap,
                                                                                                    Belum tumbuh gigi,
                                                                                                    Sudah pandai baca kita.                                                   
   
                             
Di sini juga,kami mengajarkan drama dan teater bertujuan melahirkan anak-anak yang seimbang di
dunia dan akhirat.menerusi teater ,sahsiah diri yang baik dapat dibentuk antaranya mereka dapat mengenal diri dan ruang.mereka juga dapat mengeluarkan perasaan dalaman dan mempelajari cara mengawal pernafasan,mengawal emosi dan menjadi diri orang lain melalui penghayatan dalam lakonan.

Majlis Graduasi

Sekapur sirih seulas pinang,
Buat penyeri majlis gemilang,
Selamat bertemu selamat datang,
Meraikan malam yang mulia dan terbilang.

Kad undangan buat ibu bapa yang dikasihi.

Anak soleh dan juga solehah,
Penyeri hidup,penghias jiwa,
Taat Allah dan ikut Nabi,
Patuh kepada ayah dan bonda,
Tetap tersemat segala ajaran,
Tidak dilupa segala pesanan,
Belajar bermain hendaklah seimbang,
Sihat jasmani,cerdaslah minda.
Cantik tak ?..

Tahniah atas kecemerlangan yang telah dicapai
Baca dan tulis sudah ditangan,
Segala ajaran jadikan panduan
Buat mengharungi lautan dalam,
Banyaknya karang sepanjang jalan,
Buat bekalan jangan tenggelam,
Doa dan pasrah jadikan amalan,
Usaha dan tawakkal buat peneman,
Berjaya di dunia juga akhirat,
Jadikan Islam sebagai pegangan.
Oleh : Hanisah Nizan (Munsyi Dewan)
-Pengetua Tadika Permata Bestari.

Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.

Rekod pentaksiran murid.Selamat berjaya.

Penilaian rekod berterusan dan rekod anekdot.
Ermm...mesti semua sudah berpuas hati terhadap pencapaian tahun ini.

Sudah menguasai atau belum menguasai.